KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu sehingga esok mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan keadaan cuaca sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pahang serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.