BRIGHTON tanpa kemenangan dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) berharap untuk kembali meraih rentak tiga mata apabila menentang Aston Villa di Stadium Villa Park, pada Selasa.
Malah pengendali The Seagulls, Fabian Hurzeler mengakui terdapat suasana mengecewakan di bilik persalinan berikutan keputusan seri menentang Brentford di Stadium Amex pada Sabtu.