Martinez akhiri kemarau jaringan
Iklan
Voli Martinez antara gol ketika Inter menjinakkan Cagliari di Sardegna Arena pada Ahad. Foto Agensi
PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi gembira apabila penyerang Lautaro Martinez menamatkan kemarau gol ketika I Nerazzurri menang 3-0 ke atas Cagliari di Sardegna Arena pada Ahad.
Malah Inzaghi memuji ketabahan Martinez walaupun pemain tersebut bergelut baru-baru ini untuk kembali semula ke prestasi terbaiknya.
Iklan
Iklan
Voli minit ke-71 bintang Argentina itu yang disokong dengan dua lagi gol hasil tandukan Alessandro Bastoni (m-53) dan penalti Hakan Calhanoglu (m-78) mengekalkan Nerazzurri di puncak Serie A.
Sebagai rekod, kapten Inter tidak menjaringkan gol untuk kelab berpangkalan dari Milan tersebut sejak 3 November dalam kemenangan 1-0 ke atas Venezia.
Iklan
"Sememangnya, situasi ini membebankannya (Martinez), walaupun kami memberitahunya untuk bersabar dan teruskan berusaha.
"Dia terus memberikan begitu banyak sumbangan kepada pasukan. Dia tidak akan pernah menjadi masalah untuk Inter, sebaliknya sumber inspirasi kepada pasukan,” kata Inzaghi.
Iklan
Kemenangan kelima berturut-turut Inter di tempat lawan juga disifatkan Inzaghi hasil kerja keras pasukan daripada set-piece dan sumbangan pemain seperti Federico Dimarco, Calhanoglu dan Kristjan Asllani.
"Pada penghujung separuh masa pertama, kami mengucapkan tahniah kepada pasukan atas prestasi mereka dan tahu kami hanya perlu terus menentang pasukan Cagliari yang kental,” kata Inzaghi.
Tiga mata diraih itu menyalakan impian Inzaghi apabila menyasarkan kejuaraan Supercoppa keempat berturut-turut Inter dan Scudetto ke-21 selepas menjulang kejuaraan musim lalu.
"2024 yang menarik ini berakhir dengan Scudetto ke-20 yang akan menyatukan kami selama-lamanya dengan penyokong dan pengarah.
"Tetapi kini kami pergi ke Arab Saudi untuk Supercoppa dengan harapan untuk memenanginya untuk tahun keempat berturut-turut,” katanya.
Inter kini berada di tangga kedua liga akan berdepan Atalanta dalam aksi separuh akhir Supercoppa di Al-Awwal Park, Riyadh, Arab Saudi pada 3 Januari dengan pemenang mara menentang sama ada Juventus atau AC Milan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>