15 cedera kereta api bertembung jentera bomba

Iklan
Keadaan kereta api Brightline yang terlibat dalam nahas di Delray Beach, Florida. Foto Agensi

NEW YORK, 29 Dis (Bernama-Xinhua) -- Seramai 15 orang termasuk tiga anggota bomba cedera selepas sebuah kereta api berkelajuan tinggi bertembung dengan jentera bomba di pusat bandar Delray Beach, Florida pada Sabtu, lapor Xinhua memetik laporan tempatan.

Kemalangan berlaku sekitar 10.45 pagi waktu tempatan (15:45 GMT) apabila jentera bomba melintasi palang lintasan kereta api dan memasuki landasan selepas menanti kereta api lain, menurut laporan.

Iklan
Iklan

Insiden itu mengakibatkan bahagian hadapan kereta api rosak, manakala tangga jentera bomba tercabut dan tercampak beberapa meter ke kawasan berumput.

Siasatan mengenai punca kemalangan sedang dijalankan. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan