KUALA LUMPUR - Seorang bekas pembantu sebuah pusat asuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, lima bulan lepas.
Nur Iffatinnadwah Mat Lias, 22, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia tiga tahun dua bulan di sebuah pusat asuhan di Plaza Damas di sini, antara jam 5.15 petang hingga 6.15 petang, 9 Julai.