PRU16: Sukar untuk BN gerak solo
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung dengan (dari dari kiri) Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) pada majlis menandatangani permuafakatan antara gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra. Foto Bernama
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu meneruskan kerjasama dengan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan terutama Pakatan Harapan (PH) jika mereka mahu terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, ini kerana semua gabungan parti politik utama termasuk BN, PH mahu pun Perikatan Nasional (PN) mempunyai kekuatan hampir seimbang dan hanya taktikal yang betul bakal menentukan parti manakah akan dinobatkan sebagai pemenang seterusnya berkuasa di Putrajaya.