Tidak ada keperluan PRU awal
Iklan
PRU awal akan mencetuskan persepsi ‘separuh masak’ terhadap kerajaan dan mempengaruhi perancangan sedia kala. Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Aziz (kiri), Sivamurugan)
SHAH ALAM - Melaksanakan pilihan raya umum (PRU) awal hanya akan mencetuskan persepsi ‘kerajaan separuh masak’ kerana rakyat berkemungkin melihat kerajaan gagal mengotakan janji-janji sebelum mencapai tiga perempat penggal pemerintahan.
Pensyarah kanan Komunikasi Liberal Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UITM), Dr Abdul Aziz Azizam berkata, pelaksanaan PRU sebelum tamat penggal juga akan menimbulkan risiko tinggi kepada Kerajaan Madani.