Israel batal langkah longgarkan sekatan di Genting Gaza

Iklan
Israel turut membatalkan keputusan untuk memperluaskan zon penangkapan ikan di wilayah Gaza. - Foto Agensi

GENTING GAZA - Tentera udara Israel menyasarkan kedudukan Hamas di Genting Gaza semalam sebagai serangan balas terhadap roket yang dilancarkan ke wilayah tersebut.

"Serangan udara dilancarkan pesawat pejuang dan helikopter itu turut membedil pos tentera milik Hamas,” kata jurucakap tentera Israel.

Iklan
Iklan

Susulan insiden bedilan projektil itu, Tel Aviv mengumumkan ia membatalkan langkah untuk meredakan sekatan ke atas wilayah Gaza.

"Keputusan memperluaskan zon tangkapan ikan, pengembalian 500 permit komersial dan penghantaran bekalan simen telah dibatalkan kerana serangan roket tersebut,” ujar unit di Kementerian Pertahanan Israel yang memantau aktiviti orang awam di Palestin, COGAT.

Iklan
Iklan

Ketegangan kembali meningkat di wilayah itu selepas sekutu kuat Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelan damai berat sebelah, Deal of the Century yang turut dibantah negara antarabangsa. - AFP