Keluarga tinggal di dalam kereta penerima bantuan MAINPP, ZPP
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai tujuh sekeluarga yang dibantu Steven sebelum ini. (Gambar kecil: Mohamad)
GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid mengesahkan keluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam adalah penerima skim agihan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diagihkan melalui Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Mohamad yang juga Pengerusi ZPP berkata, keluarga tersebut juga merupakan penerima Skim Kewangan Bulanan dari ZPP.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan rekod ZPP dan MAINPP, keluarga ini merupakan penerima skim agihan daripada MAINPP yang diagihkan melalui ZPP. Keluarga ini merupakan penerima Skim Kewangan Bulanan daripada ZPP.
"Bagi skim ini, ZPP akan sentiasa mengemaskini kadar jumlahnya agar mengikut kesesuaian semasa. Mereka juga merupakan penerima dana agihan bagi Skim Kewangan Sekaligus," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Tambah beliau, selain skim-skim berkenaan, ZPP telah membantu keluarga ini dengan membayar kos deposit sewa rumah dan mereka juga sering hadir ke ZPP untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
"MAINPP melalui agensinya iaitu ZPP sentiasa prihatin keperluan asnaf di Pulau Pinang.
Iklan
"Bagi kes ini. ZPP akan memantau perkembangan keluarga ini dari masa ke semasa sekiranya terdapat keperluan lain yang diperlukan," katanya lagi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim telah berkongsi di Facebooknya mengenai tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam.
Menerusi perkongsian itu, Steven yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Hilmi, sebelum ini merupakan pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka.
Namun malangnya menurut Steven, mereka ditipu tuan rumah dan dihalau meskipun deposit sewa telah dibayar.
Steven berkata, anak pasangan tersebut berusia dua hingga sembilan tahun dan dua daripada mereka terpaksa berhenti sekolah disebabkan keadaan itu.
Steven juga telah mencarikan rumah baharu dengan bantuan sewa setahun, membelikan perkakasan rumah dan mendapatkan kerja buat Hilmi di sebuah syarikat lori manakala anak-anaknya dibantu untuk kembali bersekolah.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.