Tular 'loaded Nachos' ala Mexico
Iklan
'Loaded Nachos' ala Mexico kini popular di Malaysia yang mencipta pengalaman unik dan menarik bagi penggemarnya. - Gambar hiasan
KEBELAKANGAN ini, dunia makanan di Malaysia semakin dikuasai arus gabungan yang pelbagai dari segi tradisi kulinari, mencipta pengalaman unik dan menarik bagi penggemarnya.
Salah satu arus terbaharu semakin mendapat perhatian di negara ini ialah konsep BYOB (Bring Your Own Bag) yang memperkenalkan sentuhan baharu pada nachos yang berasal daripada Texas-Mexican (Tex-Mex).
Kini, BYOB boleh didapati di Malaysia dengan menu dan cita rasa Malaysia berbeza, memberikan gabungan kreatif yang menarik perhatian penggemar makanan.