Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Iklan
Bin Shen. Foto BAM
JURULATIH beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Malah pengendali berusia 40 tahun itu juga menganggap ia merupakan momen indah yang tidak akan dilupakan apabila berjaya melahirkan ramai pemain terbaik dunia.
Iklan
Iklan
"Terima kasih kepada pemain saya untuk empat tahun yang luar biasa penuh dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan," katanya.
BAM pada Jumaat mengumumkan Bin Shen akan meninggalkan pasukan bermula 13 Januari dan difahamkan bakal menyertai bekas jurulatih badan induk itu, Wong Choong Hann melatih skuad badminton Hong Kong.
Iklan
Bin Shen turut melahirkan penghargaan ke atas setiap pemain yang menjalankan tanggungjawab dengan amat baik sehingga melakar kenangan terindah sesama mereka.
"Saya sangat menghargai semua kepercayaan, dedikasi dan kerja keras anda sepanjang perjalanan ini.
Iklan
"Anda menjadikan hidup saya lebih bererti dan penuh bermakna. Terima kasih kerana melatih jantung saya berdegup kencang dan tapak tangan saya berpeluh ketika duduk di belakang.
"Anda telah membawa begitu banyak makna dalam hidup saya. Teruskan usaha kerana anda sentiasa lebih kuat daripada yang anda sangka, percayalah pada diri sendiri," katanya.
Hasil air tangan Bin Shen pasangan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu di Tokyo pada 2021 dan Paris Ogos lepas.
Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang meninggalkan BAM September lepas juga sempat berguru dengan Bin Shen.
Mereka ketika ini menghuni ranking ketiga dunia selain muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China pertengahan bulan ini.
Di sebalik kejayaan itu, Bin Shen juga melihat Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky antara individu penting dalam karier sejak berada dalam BAM.
"Jurulatih yang saya paling hormati (Rexy) kerana atas bimbingan, perhatian dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
"Anda bukan sahaja membentuk saya menjadi jurulatih yang bagus, tetapi menjadi insan yang lebih baik. Terima kasih untuk segalanya jurulatih Rexy dan semua jurulatih," katanya.
Tugasan terakhir Bin Shen ialah melatih skuad badminton negara pada Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 hingga 12 Januari depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>