Bersatu cabar bubar, Pas kata kasihan rakyat
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil dari kiri: Tun Faisal, Mas Ermieyati, Ahmad Fadhli
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen susulan keyakinan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Madani mempunyai kelebihan memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika ia diadakan dalam tempoh terdekat.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, dengan pembubaran Parlimen, PRU16 boleh diadakan dengan segera memandangkan rakyat kini sudah tidak sabar mahu ubah kerajaan.