Sindiket jual, sewa MyKad terbongkar
Iklan
JPN bakal mempertingkatkan kualiti MyKad generasi baharu supaya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih.
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya mengesan sindiket pemalsuan kad pengenalan yang menawarkan MyKad pada harga RM4,500 kepada mana-mana individu yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
Menurut JPN, Facebook menjadi pilihan sindiket penipuan itu untuk mencari mangsa dengan mempromosikan tawaran berkenaan kepada pengguna media sosial khususnya warga asing.