Lebih sejuta kad pengenalan dilapor hilang - JPN
Iklan
Laporan muka depan Sinar Ahad berhubung penjualan MyKad palsu oleh sindiket.
SHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias berkata, statistik permohonan gantian kad pengenalan yang hilang mencatatkan 1,321,855 keping dalam tempoh lima tahun bermula dari 2020 hingga 2024.
Katanya, jumlah yang membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kecuaian, bencana dan juga jenayah.