KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama pengamal media tempatan dan luar negara, bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara yang berkaitan dasar kerajaan serta pelbagai isu semasa dan masa depan Malaysia.
Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata, sesi itu penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.