'Jangan jadi seperti Kamala Harris'
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berdepan dilema dalam mengekalkan imej antirasuah diperjuangkan beliau selama ini susulan beberapa keputusan politik dibuat beliau dianggap kontroversi. Gambar kecil: Ahmad Fauzi, Zaid
SEJAK kebelakangan ini, melihat beberapa keputusan politik dibuat Kerajaan Madani termasuk pelantikan beberapa tokoh kontroversi dalam dan luar negara untuk jawatan penting negara, ramai pemerhati politik mula mempersoalkan tindakan terbabit.
Biarpun beberapa alasan positif diberikan bagi menjustifikasi keputusan berkenaan, persepsi rakyat terhadap komitmen Pakatan Harapan (PH) itu dalam memerangi isu rasuah serta pelaksanaan tatakelola pentadbiran kerajaan lebih baik masih diragui.