Bin Shen tinggalkan BAM
Iklan
Bin Shen
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa jurulatih beregu negara Tan Bin Shen akan meninggalkan badan induk tersebut pada 13 Januari depan.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berterima kasih kepada Bin Shen atas dedikasi dan sumbangannya kepada pembangunan badminton negara.
Iklan
Iklan
"Bin Shen telah memberi sumbangan besar kepada badminton Malaysia, dan komitmen beliau untuk memupuk bakat dan juara tidak ternilai.
"Kami amat berterima kasih atas kerja keras dan dedikasi beliau,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Bin Shen menyertai BAM sebagai jurulatih beregu lelaki pada tahun 2020, dan bertanggungjawab memainkan peranan dalam pencapaian bekas juara dunia dan pemenang pingat Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Dalam pada itu, BAM akan mengumumkan jurulatih baharu dalam masa terdekat.
Iklan
Sementara itu, Bin Shen berkata,"Ia merupakan perjalanan yang memuaskan bekerja dengan pasukan beregu lelaki.
"Saya bangga dengan apa yang telah kami capai bersama, dan saya tidak sabar menghadapi cabaran baharu yang akan datang."
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>