SEPANG - Along Cham meluahkan rasa amarah dengan tindakan petugas media yang berhimpit-himpit mengambil gambarnya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret dan Sesyen bagi menghadapi dua pertuduhan kes memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat lebih 60 gram.
Insiden itu bermula apabila, jurugambar meminta pihak polis berjalan dengan perlahan ketika membawa pelakon filem dan drama itu, yang menutup mukanya dengan baju berwarna kelabu.
Iklan
Iklan
Anggota polis kemudiannya meminta mereka memberi laluan namun selepas ditegur pelakon berkenaan, petugas media menjelaskan mereka hanya menjalankan tugas.
Tidak setuju dengan penjelasan itu, pelakon filem 'Bro, Nampak Motor Gua?' berkenaan meninggikan suara dengan berkata"kepala otaklah kerja, ko tunggu".
Pada Jumaat, bapa kepada empat anak berusia empat, lima, tujuh dan 13 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis