RCI Batu Puteh: Melerai dendam
Iklan
RCI Pulau Batu Puteh yang kita fikir sudah habis hayatnya masih dibincangkan rakyat di penghujung 2024.
MINGGU-minggu terakhir sebelum 2024 menutup tirai, kawan-kawan yang sedang menghabiskan cuti hujung tahun giat memberi pelbagai komentar politik ketika bersembang di depan cawan atau atas talian – kadang-kadang kalau tersilap lontar boleh jadi telingkah.
Antara menarik perhatian dan mendapat pelbagai reaksi susulan - The Prime Minister is currently fighting two fronts battle, both he doesn't need. Kedua-dua battle dalam konteks petikan perbualan di atas merujuk kepada fiasco Titah Adendum dan Royal Commission of Inquiry (RCI) Batu Puteh.