Polemik Tengku Zafrul: Ada udang di sebalik batu?
Iklan
Tengku Zafrul (kiri) berpelukan bersama Megat Zulkarnain (kanan) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja, hari ini. Foto Bernama
[DIKEMAS KINI] JIKA dikaji sejarah penyertaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam dunia politik, kehadiran beliau diibaratkan sebagai seorang wira disambut dengan permaidani merah.
Berasal dari dunia korporat dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, karier Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermula setelah dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020.