SINGAPURA - Dua menteri di Singapura akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg berhubung laporan fitnah mengenai pembelian hartanah eksklusif di negara bandar tersebut.
Laporan bertajuk Singapore Mansion Deals Are Increasingly Shrouded in Secrecy pada 12 Disember itu mendakwa kebanyakan pembelian rumah kelas atas digelar sebagai Good Class Bungalows tidak mempunyai pemfailan yang sah dan menyebabkan urus niaga sedemikian sukar dikesan.