RUU Kebebasan Maklumat dibentangkan di Parlimen tahun depan - PM
Iklan
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata, cadangan dasar bagi penggubalan RUU berkenaan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) semalam.
Iklan
Iklan
"Mesyuarat bersetuju supaya RUU ini dibentangkan di Parlimen pada 2025 dengan matlamat meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam dan memastikan hak individu untuk mengakses maklumat yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan terjamin serta terpelihara di sisi undang-undang," katanya.
Anwar berkata, mesyuarat itu turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.
Iklan
Beliau berkata langkah itu diambil untuk menambah baik imej dan persepsi negara berhubung tatakelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.
"Kerajaan bertekad untuk terus memperkukuhkan agenda tatakelola baik negara, meningkatkan integriti, dan memerangi rasuah, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>