Boleh jadi polemik lebih besar - Penganalisis
Iklan
Dua entiti gergasi PKR dan UMNO dinasihatkan sentiasa menjaga semangat setiakawan antara satu sama lain agar tidak berlaku perpecahan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan. Gambar kecil dari kiri: Noor Nirwandy, Mohd Izani
SHAH ALAM - Dua entiti gergasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO dinasihatkan sentiasa menjaga semangat setiakawan antara satu sama lain agar tidak berlaku perpecahan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, sekiranya timbul keraguan sesama sendiri, pihaknya tidak menolak kemungkinan polemik sedemikian mampu menyumbang kepada isu yang lebih besar daripada sekadar ‘mencuri’ ahli parti.
Justeru, katanya, perkara tersebut mesti ditangani dengan baik supaya ia tidak membawa kepada sikap kurang percaya dalam kedua-dua parti.