'Desas-desus penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR drama bersiri sahaja' - Ahmad Fadhli
Iklan
Ahmad Fadhli Shaari
SHAH ALAM - Pas mendakwa bantahan UMNO kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan desas-desus mengenai penyertaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR adalah satu ‘drama bersiri’ sahaja.
Iklan
Iklan
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia kerana UMNO jelas mengetahui PKR ialah parti yang diketua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jadi nak lawan pun tak boleh kuat sangat nanti menjejaskan hubungan cikgu-murid.
Iklan
"Untuk rekod, ketika PKR sebagai pembangkang pada tahun 2021 berlaku kes sama iaitu mereka ‘curi’ ahli daripada Parti Amanah Negara (Amanah). Ia berlaku apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah di Johor menyertai PKR.
"Tiga ADUN berkenaan adalah Ir Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhammad Said Jonit (Mahkota),” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Iklan
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, selain desas-desus akan menyertai PKR, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut dikaitkan dengan spekulasi bakal menerajui Selangor menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.
Anwar pada Ahad turut mengesahkan terdapat perbincangan awal bersama Tengku Zafrul berhubung perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, pada tahun 2020 pula, dua ADUN Amanah dari Selangor iaitu Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak Bernam) turut meninggalkan parti berkenaan serta menyertai PKR.
"Marah parti tersebut hingga ada yang mencadangkan kaji semula hubungan dengan PKR. Itu ketika jadi pembangkang sudah ada rekod ambil ahli kawan, sekarang sudah jadi kerajaan tentu lebih tinggi nilainya.
"Belum mengambil kira kes bekas timbalan menteri di Perlis baru-baru ini yang asalnya daripada UMNO kemudian umum nak masuk Amanah akhirnya isytihar masuk PKR.
"Mereka sudah bincang elok-elok belakang tabir, jadi rakyat jangan terpedaya. Keutuhan parti bagi mereka hanyalah mainan mulut sahaja, isunya beras atau keluarga kita yang kena biaya kos,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.