'Ka Siong patut faham kepentingan kesepaduan, bukan berlagak hero' - Pemuda Amanah
Iklan
Ahmad Fadhli Umar - Sinar Harian-ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong selaku ahli politik senior patut faham halangan subjudis yang menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menghuraikan isu Titah Adendum dengan lebih lanjut di Dewan Rakyat.
Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, tindakan Ka Siong menyerang Anwar berhubung isu melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai lakonan untuk menjadi hero.
Iklan
Iklan
"Ka Siong sebagai Presiden MCA yang menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan perlu lebih faham mengenai kepentingan menunjukkan kesepaduan dan kesatuan, bukan berlagak mahu jadi hero dalam isu itu.
"Sudah sampai masanya Ka Siong meneruskan langkah 'hero' beliau dengan mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri dan duduk bersama pembangkang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Iklan
Anwar pada 10 Disember lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau tidak dapat menjawab soalan berhubung kewujudan Titah Adendum kerana peraturan Parlimen melarang perbincangan subjudis dan tiada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Ka Siong pada Sabtu membidas alasan Anwar dan membantah bahawa peraturan subjudis tidak lagi terpakai kerana penghakiman juri telah dimansuhkan daripada sistem perundangan Malaysia.
Iklan
Ujar beliau, keputusan mahkamah dibuat semata-mata oleh hakim profesional dan bukan juri yang diambil daripada orang ramai.
Menurut Ahmad Fadhli Umar, pihaknya turut menyatakan kesediaan bertanding dan merampas kerusi Parlimen Ayer Hitam yang disandang oleh Ka Siong menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Insya-ALLAH kami cukup yakin bahawa Amanah akan dapat berikan satu lagi kerusi kepada Kerajaan Perpaduan sekiranya diberikan mandat untuk bertanding daripada diisi oleh seorang 'pelakon' seperti Ka Siong,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.