'Tunggu kenyataan jawab spekulasi dalam masa terdekat' - Tengku Zafrul
Iklan
Tengku Zafrul (kanan) mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kanan) yang berkenan melawat reruai dan pameran semasa Larian KITA di SMK Bagan Terap pada Ahad.
SUNGAI BESAR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberi kenyataan mengenai spekulasi mengaitkan beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat.
Tengku Zafrul berkata, beliau belum membuat sebarang komen mengenai isu itu termasuk spekulasi mengaitkannya menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.
Iklan
Iklan
"Saya belum membuat apa-apa komen mengenai politik melibatkan diri saya dan pada masa sama, kita sudah dengar semalam (Sabtu) yang Menteri Besar (Amirudin) telah pun membuat kenyataan beliau akan menghabiskan penggal ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Larian Kebajikan dan Inklusiviti Teras Inspirasi (KITA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Serap di sini pada Ahad.
Iklan
Tengku Zafrul menjelaskan, tumpuan beliau pada masa ini adalah memberi fokus kepada program Larian KITA.
Ditanya adakah beliau akan mengumumkan perkara itu semasa Kongres Khas PKR di Shah Alam pada Ahad, Tengku Zafrul memaklumkan tidak mengetahui tentang kongres terbabit.
Iklan
"(Saya) tidak tahu bila kongres (PKR) dan kita tunggulah (kenyataan) masa terdekat," jelas beliau.
Sebelum ini media melaporkan, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu dikaitkan untuk menerajui Selangor menggantikan Amirudin yang akan ke Kabinet.
Sebuah portal turut memaklumkan, rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR dengan keputusan dijangka dibuat dalam masa terdekat.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, UMNO tidak menerima sebarang permohonan daripada Tengku Zafrul meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak dapat mengesahkan desas-desus berhubung dakwaan itu.
Susulan itu, Amirudin pada Sabtu memberi bayangan akan terus kekal menerajui pentadbiran di negeri ini meskipun terdapat ura-ura mengaitkan Tengku Zafrul akan meninggalkan parti itu dan menyertai PKR.
Kenyataan itu sekali gus menafikan spekulasi kononnya Tengku Zafrul sebagai pengganti Amirudin seperti dilaporkan sebelum ini.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.