Kos sebenar tunai haji cecah RM45,000 seorang - Papuh

Iklan
Tiket penerbangan untuk seorang jemaah minimum RM8,500.

SHAH ALAM - Kos keseluruhan bagi menunaikan haji untuk umat Islam di negara ini dianggarkan RM45,000 seorang.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ia mengambil kira aspek penginapan, makanan, pengangkutan dan pengurusan yang perlu ditanggung jemaah.

Iklan
Iklan

"Kos haji yang sebenar boleh cecah RM45,000. Itu harga untuk kategori ekonomi.

Info kos haji dan bantuan TH dalam tempoh lima tahun.

"Kita perlu bayar perbelanjaan untuk khemah Arafah dan Mina iaitu 13,300 riyal bersamaan nilai RM17,700.

Iklan

"Manakala harga tiket untuk haji paling kurang RM8,500 seorang. Itu sahaja sudah lebih RM26,000,” katanya kepada Sinar Ahad.

Menurut Razali, jumlah tersebut mengambil kira perbelanjaan semasa dari segi pengurusan, pengangkutan dan penginapan di Makkah serta Madinah.

Iklan

Ujarnya, harga hotel bagi kedua-dua kawasan di Tanah Suci dianggarkan sebanyak RM7,000.

"Kalau (jumlah tersebut) tambah dengan kos makan iaitu RM3,000 boleh jadi RM10,000.

"Gabung jumlah RM26,000 tadi boleh dapat RM36,000. Jika tambah tolak perbelanjaan lain, jadi kos dianggarkan lebih RM40,000,” katanya.