Tiada permohonan Tengku Zafrul keluar UMNO - Ahmad Zahid
Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada sebarang permohonan daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk meninggalkan parti itu.
Malah beliau berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu tidak bertemu dengannya untuk menyatakan hasrat tersebut.
Iklan
Iklan
"Setakat ini tidak ada permohonan daripada beliau (tinggalkan UMNO dan sertai PKR).
"Beliau tidak bertemu dengan saya jadi kita tidak dapat mengesahkan perkara itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kali ke-4, di sini pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini sebuah portal berita media melaporkan, rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR dengan keputusan dijangka dibuat dalam masa terdekat.
Susulan itu Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya percaya 'kasih sayang' Tengku Zafrul yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja kepada parti cukup tinggi dan hubungan peribadi antara mereka juga baik.
Iklan
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh turut mengesahkan tidak menerima borang permohonan daripada Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menyertai parti berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>