Pembaharuan sistem kesihatan
Iklan
Kenaikan premium insurans kesihatan dijangka menjadikan perkhidmatan perubatan swasta semakin sukar diakses oleh kebanyakan keluarga, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap sistem perubatan awam sedia ada. Gambar hiasan
BARU - baru ini isu kos perubatan telah menjadi buah mulut masyarakat. Menurut laporan media, dijangkakan menjelang 2025, premium insurans kesihatan akan meningkat 40 peratus hingga 70 peratus.
Punca utama kenaikan itu adalah inflasi, peningkatan kos perubatan dan permintaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat.