Isu bin Abdullah: Kerajaan hormati keputusan mahkamah, kata Mujahid

Iklan
Mujahid (kiri) bercakap ketika sidang media khas bersama Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan seorang kanak-kanak lelaki Islam tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa kandung dan tidak bercadang meminda undang-undang berkaitan perkara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, isu 'bin Abdullah' boleh dibincangkan di Parlimen jika perlu tetapi dengan syarat ia perlu dibahaskan secara demokrasi dan bertamadun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua mufti bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung isu 'bin Abdullah'.

"Kami (kerajaan) menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah kerana ia adalah satu keputusan kehakiman dan bukannya dibuat secara individu atau melibatkan pihak-pihak tertentu.

Iklan

"Malah keputusan mahkamah itu juga berpandukan fatwa-fatwa yang sedia ada. Walaupun fatwa itu tidak digazetkan tetapi mereka melihat bahawa isu ini boleh dijadikan panduan pada masa akan datang,” katanya yang merujuk Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA).

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland hari ini sempena lawatan rasmi wakil itu ke Malaysia.

Iklan

Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memerintahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan 'bin Abdullah' daripada sijil lahir seorang kanak-kanak lelaki Islam di Johor yang tidak sah taraf.

Panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf turut memerintahkan kanak-kanak itu tidak boleh menggunakan nama bapa kandungnya.

Hakim memutuskan Seksyen 13A BDRA tidak terpakai ke atas pendaftaran kelahiran anak Melayu-Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan anak tak sah taraf tak boleh 'di bin atau binti nama bapa'

Mujahid turut menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah itu dan mengelakkan ia menjadi isu perkauman.

"Perdebatan di luar memang akan ada. Kami kerajaan menghormati keputusan yang dibuat mahkamah. Itu satu keputusan bukan dibuat secara individu kerana pihak mahkamah juga dipandukan dengan fatwa-fatwa sedia ada.

"Saya minta jangan benda ini dijadikan lagi peluang untuk menimbulkan kebencian atau isu-isu perkauman dan agama yang sempit,” katanya.