Syor caj berdasarkan pakej rawatan kelompok DRG
Iklan
Kaedah caj perkhidmatan fasiliti kesihatan swasta secara 'fee-for-services' perlu dinilai semula semua pihak susulan dianggap mempunyai kelemahan dari segi kawalan caj. Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Rohaizat)
SHAH ALAM - Kaedah pembayaran secara fee-for-services (caj berasaskan servis prosedur kesihatan berbeza) yang diamalkan sektor kesihatan swasta ketika ini mempunyai kelemahan dari segi kawalan caj.
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM), Profesor Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, ini kerana setiap caj adalah berdasarkan kuantiti perkhidmatan atau prosedur kesihatan yang diberikan, mendorong kepada penambahan kuantiti perkhidmatan termasuk perkhidmatan kurang atau tidak diperlukan pesakit.