Sakit kronik, faktor penuaan meningkat
Iklan
Kenaikan caj hospital swasta menyebabkan lebih ramai memilih hospital kerajaan yang sudah terbeban dengan jumlah pesakit yang ramai. Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Syed Mohamed Aljunid, Dr Sharifa Ezat)
SHAH ALAM - Peningkatan penyakit kronik dan faktor penuaan dalam kalangan rakyat antara punca caj hospital swasta melambung.
Menurut Pensyarah Ekonomi dan Polisi Kesihatan Universiti IMU, Profesor Emeritus Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid, peningkatan ketara penyakit kronik dalam kalangan hampir dua pertiga penduduk negara menyumbang kepada kenaikan caj rawatan di hospital swasta.