‘Insurans sepatutnya bukan eksklusif golongan maha kaya sahaja’
Iklan
Insurans tidak sepatutnya menjadi perkhidmatan eksklusif kepada golongan maha kaya sahaja - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengehadkan kepada kurang 10 peratus sahaja jika berlaku sebarang kenaikan harga premium insurans.
Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, ketetapan itu perlu dibuat memandangkan bukan semua pencarum akan membuat tuntutan insurans dan ia selaras dengan inflasi kesihatan serantau.
Iklan
Iklan
Justeru, mereka mencadangkan kenaikan yang munasabah bagi memastikan insurans terus mampu dibeli oleh golongan M40.
"Insurans tidak sepatutnya menjadi perkhidmatan eksklusif kepada golongan maha kaya sahaja.
Iklan
"Jika M40 tidak mampu lagi membeli insurans kesihatan, mereka akan pergi ke hospital kerajaan. Ini akan membebankan hospital kerajaan dan sistem kesihatan awam.
"Kami menyeru Bank Negara Malaysia menjalankan tugas sebagai pengawal selia dengan tegas untuk memperbetulkan kecelaruan yang berlaku dalam sektor MHIT (insurans, takaful perubatan dan kesihatan),” katanya.
Iklan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Jimmy Pua (Tebrau), Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani), R Yuneswaran (Segamat), Chew Choon Mun (Miri) dan Ahli Dewan Negara, Amir Ghazali.
Mereka turut menyambut baik kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bahawa penyelesaian interim akan diumumkan minggu hadapan.
Jelasnya, ia selaras dengan komitmen yang diberikan oleh menteri berkaitan kepada ahli-ahli Parlimen kerajaan pada 10 Disember lalu.
"Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan prihatin kepada permasalahan rakyat,” menurut kenyataan itu.
Pada 10 Disember lalu, BNM telah memberi taklimat kepada ahli-ahli Parlimen kerajaan dan dimaklumkan bahawa inflasi kesihatan di Malaysia adalah pada kadar 15 peratus berbanding 11.1 peratus di negara Asia Pasifik lain.
Bagaimanapun, aduan kenaikan syarikat-syarikat premium insurans yang diterima dilaporkan sehingga 78 peratus, jauh berbeza dengan kadar 15 peratus inflasi kesihatan di Malaysia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>