Titah Adendum: Ketelusan yang hilang
Iklan
Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabit bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd. Foto fail Bernama
APABILA Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertikam lidah semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa lepas, klip video sama kemudian tular di seluruh negara dipacu kuasa sebaran media sosial.
Titik bahas kedua-dua ahli Parlimen senior tersebut bukanlah sesuatu yang baharu. Fiasco Titah Adendum pernah dibangkitkan dalam ruangan ini April lalu, mendesak antara lain supaya kerajaan Madani menjawab soalan dengan jelas tanpa perlu campur tangan daripada cabang kehakiman: wujud atau tidak Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024?