Gesa bincang, kaji dahulu pendekatan DRG
Iklan
Langkah kerajaan cuba memperkenalkan pendekatan DRG yang menetapkan kadar amaun tetap pembayaran berasaskan kadar kerumitan kes mungkin memberi penyelesaian yang akan memanfaatkan pesakit. Foto fail Bernama
SHAH ALAM - Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menggesa semua pemegang taruh berbincang bagi mencari penyelesaian terhadap isu kos kesihatan yang semakin meningkat.
Presidennya, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, langkah kerajaan cuba memperkenalkan pendekatan Diagnosis-Related Group (DRG) atau sistem pembiayaan kesihatan yang menetapkan kadar amaun tetap pembayaran berasaskan kadar kerumitan kes mungkin memberi penyelesaian yang akan memanfaatkan pesakit.