Implikasi negatif skim insurans mahal
Iklan
Peningkatan harga premium insurans kesihatan dan caj fasiliti swasta dibimbangi akan membebankan sektor kesihatan awam. Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Rohaizat Yon)
PENINGKATAN kos kesihatan merupakan antara senario yang dihadapi semua manusia di dunia termasuk di Malaysia.
Antara penyebab peningkatan kos adalah peningkatan penyakit kronik iaitu penyakit tidak berjangkit, kos ubat-ubatan, kos bahan pakai buang, teknologi kesihatan canggih, harapan pesakit dan peningkatan kos emolumen tenaga kerja kesihatan.