Malaysia amat perlukan sistem DRG - KKM
Iklan
Dr Dzulkefly
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan pembentangan pelan pelaksanaan sistem pembayaran perkhidmatan kesihatan swasta melalui pendekatan Diagnosis-Related Group (DRG) dibuat pada suku kedua tahun 2025.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pembentangan itu bagaimanapun bergantung kepada keperluan meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 terlebih dahulu.