Covid-19: Lebih 25,000 doktor dikerah ke Hubei
Iklan
BEIJING- Lebih 25,000 doktor dari seluruh negeri di China tiba di wilayah Hubei untuk memberi bantuan dalam perjuangan negara itu memerangi wabak Covid-19, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Negara Wang Hesheng.
"Pada masa ini, 217 pasukan perubatan dengan seramai 25,633 doktor telah dihantar ke wilayah Hubei untuk memberikan bantuan perubatan. Jumlah itu tidak termasuk doktor dari angkatan tentera," kata Hesheng.