MALBATT 850-11

Iklan
Pegawai dan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 menanggalkan beret biru sebagai simbolik pembubaran pada Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran MALBATT 850-11 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Seramai 82 pegawai dan 771 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai awam kewangan daripada Kementerian Pertahanan serta tiga pegawai dan 26 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menerima Pingat PNBB yang diketuai oleh Kolonel Burhan Sagoni. Foto: Bernama