SEREMBAN - Polis merampas 224 mesin simulator yang dipercayai akan dipasarkan bagi tujuan kegiatan judi bernilai kira-kira RM560,000 di sebuah premis di Kampung Baru Rasah, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mesin simulator yang dirampas dalam serbuan pada jam 4.30 petang itu terdiri daripada 140 unit mesin slot, 83 mesin permainan 'tembak ikan' dan satu mesin permainan 'street fighter'.