Orang kecil dan orang besar
Iklan
Tular video yang memaparkan Gus Miftah, memperolok-olok seorang penjual bernama Sunhaji yang sedang menjaja teh ais di acara Magelang Berselawat pada akhir November 2024.
BARU-baru ini tular video yang memaparkan Gus Miftah, seorang da'i muda Nahdatul Ulama, Indonesia memperolok-olok seorang penjual bernama Sunhaji yang sedang menjaja teh ais di acara Magelang Berselawat pada akhir November 2024.
Kerana terlajak kata, netizen mengamuk di media sosial. Sejak 4 Disember lalu, melalui platform Change.org, seramai 318,480 netizen telah menandatangani petisyen agar Gus Miftah diboikot.