Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang

Iklan
Gambar hiasan.

NEW YORK - Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Harga saham Tesla melonjak lebih lapan peratus pada Jumaat sahaja, mencapai AS$321.22.

Iklan
Iklan

Sejak hari pilihan raya pada Selasa lalu, saham syarikat itu meningkat lebih 25 peratus.

Musk kini dianggarkan memiliki kekayaan melebihi AS$300 bilion, menurut pengiraan majalah Forbes dengan sebahagian besar kekayaannya terdiri daripada saham Tesla.

Iklan

Tesla, seperti pengeluar kenderaan elektrik lain sedang berhadapan dengan penurunan permintaan.

Dasar Trump untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan gas asli dijangka menyukarkan lagi industri terbabit.

Iklan

Bagaimanapun, penganalisis Dan Ives dari firma kewangan Wedbush Securities optimis bahawa Tesla akan mendapat pengecualian.

Selain itu, Trump dilaporkan bercadang memberi Musk peranan penting dalam pentadbiran baharunya bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan. - Bernama