Anak bunuh ibu kandung didakwa

Iklan
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kluang pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibunya.

KLUANG - Seorang pemuda hanya mengangguk faham selepas didakwa atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

Tertuduh Mohammad Hariez Farhan Masrudin, 20, kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga penganggur didakwa membunuh Zarina Jaafar, 47, antara 10.45 pagi hingga 12 tengah hari pada 4 Disember lalu.

Iklan

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Felda Ayer Hitam di sini.

Jika tidak dihukum mati hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Iklan

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 4 Februari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh dalam kenyataan medianya memberitahu suspek ditahan di Felda Ayer Hitam, kira-kira jam 11 pagi Rabu.

Ia susulan laporan yang diterima pihaknya mengenai seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman di bahagian badan mangsa.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia setelah dihantar ke Hospital Besar Enche' Besar Hajjah Kalsom.