Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera

Iklan
Pasukan kecemasan di kawasan depot minyak yang meletup di Calenzani. Foto AP

CALENZANO - Dua maut manakala sembilan lagi cedera dalam satu letupan yang berlaku pada Isnin di sebuah fasiliti depot minyak milik syarikat tenaga Itali di Calenzano.

Menurut presiden wilayah Tuscany, tiga individu turut dilaporkan hilang dalam insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut pihak berkuasa kesihatan wilayah, tiga daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Berdasarkan penemuan awal, letupan berpunca daripada wap bahan api yang terbakar.

Iklan

Ia sekali gus mengakibatkan kebakaran serta runtuhan sebuah bangunan di lokasi tersebut.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk menjauhi kawasan berkenaan dan berlindung di dalam rumah.

Iklan

Kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa kurang sejam.

Pendakwa raya di bandar Prato yang berdekatan menyatakan bahawa siasatan akan dijalankan berhubung kejadian tersebut. - Awani