Agong nikmati santapan tengah hari bersama Anwar

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan tengah hari bersama Anwar di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru. Foto Istana Negara

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas terkenal di sini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.

Iklan
Iklan
Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi. Foto Istana Negara
Iklan

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat ke sesi menghadap dan santapan tengah hari Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Turut dimuat naik beberapa gambar pertemuan berkenaan. - Bernama

Iklan