Titah adendum: Jawapan afidavit penentu ketulenan
Iklan
Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum. Gambar kanan: Mohd Fadhly
SHAH ALAM - Menjadi tanggungjawab responden yang dinamakan untuk menjawab afidavit difailkan Datuk Mohamad Nizar Najib sekiranya titah adendum dizahirkan dalam sesuatu afidavit sebagai ekshibit.
Peguam, Mohd Fadhly Yaacob berkata, penama-penama atau responden sahaja boleh menjawab sama ada perintah adendum yang diekshibitkan dalam afidavit tersebut adalah satu dokumen yang tulen atau tidak.