Formula kerusi penyandang tidak relevan untuk BN
Iklan
Sivamurugan (kiri) berpendapat formula kerusi penyandang boleh menimbulkan masalah dalam jentera, pemilihan calon, sabotaj dan macam-macam lagi yang mana perlu dielak oleh mana-mana parti.
SHAH ALAM - Tindakan meneruskan formula kerusi penyandang tidak relevan untuk dilakukan kerana berupaya menimbulkan keretakan hubungan dalam Barisan Nasional (BN).
Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, daripada awal formula itu sudah tidak dipersetujui oleh parti komponen yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.