Generasi strawberi: Salah siapa?
Iklan
Sama seperti buah strawberi yang kelihatan cantik tetapi lembik dan mudah rosak apabila ditekan, generasi ini dilihat lemah, senang patah semangat bila dikritik dan tak mampu bertahan bila berhadapan kesukaran hidup. Gambar hiasan
SUATU ketika dahulu, saat ibu bapa memerah keringat membanting tulang demi sesuap nasi, anak-anak dibiarkan bebas memanjat pokok tinggi, bermain di sawah dan berenang di sungai.
Jangankan jatuh dan luka mahupun disengat serangga, demam panas kerana bermain hujan pun dianggap biasa. Bukan tiada simpati bila berlaku sesuatu berlaku, anak-anak ini malah dimarahi dan mungkin dirotan ibu bapa sebagai amaran tak mengulang cuai yang sama.