DAMSYIK - Susulan laporan mengenai kejatuhan pemerintahan Presiden Syria Bashar al-Assad, Kedutaan Iran di Damsyik dilaporkan telah diserbu, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Saluran berita Al Arabiya menyiarkan video yang menunjukkan orang ramai merobohkan poster besar di pagar Kedutaan Iran.