Mohamad Aniq gondol dua pingat perak kejohanan dunia di Bahrain
Iklan
Mohamad Aniq (kiri) mengakhiri Kejohanan Dunia Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa dengan membawa pulang dua pingat perak di Manama, Bahrain hari ini. Foto FB Aniq Kasdan
BADANG negara, Mohamad Aniq Kasdan sekali lagi mengharumkan nama negara apabila mengakhiri Kejohanan Dunia Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa dengan membawa pulang dua pingat perak di Manama, Bahrain hari ini.
Atlet berusia 22 tahun itu, yang bertanding dalam kategori 61 kilogram (kg) lelaki, menduduki tempat keempat dalam acara snatch dengan angkatan 130kg. Pingat emas dimenangi atlet Korea Utara, Pak Myong Jin (132kg), manakala pingat perak dan gangsa masing-masing diraih atlet Vietnam, Tran An Tuan (131kg), dan atlet Armenia, Garnik Cholakyan (131kg).
Mohamad Aniq, atlet kelahiran Johor itu bangkit dalam acara clean & jerk dengan angkatan 166kg untuk meraih perak, di belakang Myong Jin (173kg) yang meraih emas. Gangsa dimenangi atlet China, Wei Haixian (160kg).
Angkatan keseluruhan Mohamad Aniq, seberat 296kg, memastikan pingat perak keseluruhan menjadi miliknya. Myong Jin memenangi emas dengan angkatan keseluruhan 305kg, manakala Tran An Tuan membawa pulang gangsa dengan 291kg. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>